Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS)

RM20,550.00 dari RM350,000.00

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Rasulullah SAW bersabda;

“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Sungai Penchala ingin dinaiktaraf segera bagi menjamin keselesaan dan keselamatan jemaah yang datang untuk beribadah.

Masjid yang menjadi tumpuan orang ramai, kerana lokasi yang sangat strategik dan terletak ditepi jalan raya, sudah tentu menjadi kebimbangan kepada kami jika jemaah semakin berkurang dek kerana kurang keselesaan kepada mereka dan juga ahli kariah.

Masjid yang mula dibina pada tahun 1934, dan kali terakhir dinaiktaraf pada tahun 1987, sudah tentu telah banyak kekurangan yang perlu dibaiki dan dinaiktaraf segera, seperti : bumbung, tandas, pejabat, pagar, sistem pendawaian dan lain-lain.

“Kami bimbang dengan keselamatan para jemaah, lebih-lebih lagi yang telah berusia, kerana bumbung usang yang sudah rosak dan bocor menjadi sebab sebahagian lantai akan dibasahi air dan licin apabila hujan lebat”

Justeru, dana perlu dikumpul segera bagi tujuan untuk menampung kos naiktaraf dan penyelenggaraan MJTAAS.

Tapak masjid berwarna kuning yang sudah berusia 88 tahun dari awal pembinaannya ini adalah wakaf dari dua hamba Allah yang berhati mulia bernama Ustaz Ghazali dan Encik Wan Yeop

Semoga dikembalikan balasan bersedekah ketika dunia semakin menghampiri penghujungnya, dan balasan di akhirat dengan balasan yang lebih baik. Amin..

Maklumat Penting :

1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Billplz akan terpapar pembayaran kepada MADANI EXPERT SDN BHD . Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi :

019 3893596 : Tuan Haji Malek – (Pengerusi)
012 3653213 : Ustaz Azrul – (Imam)

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah
Alamat: Lot 2957, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur.

3. Laman Direktori Masjid dan Privasi Polisi boleh dilayari untuk rujukan.

Pilih jumlah sumbangan di bawah:

DISCLAIMER

DISCLAIMER – This website is not related in any way possible with FACEBOOK. Inc. This site is also not endorsed by FACEBOOK. This “link” is also not affiliated or has any correlations in any way possible with TIKTOK. TIKTOK does not sponsor, endorse nor they do approve of anything mentioned inside this site. The contents of this site are respectively a trademark and copyrighted by respective owner. “Facebook” or FB is a registered trademark of Facebook.com whereas “TikTok” is a registered trademark of tiktok.com . Any data received via this site will be 100% used and managed by “name of client” . The datas will not be shared and given to any unauthorise party or any third party without the permission of respective owner.